Friday, May 8, 2009

Sejarah Underground dan Independent di Malaysia

Menurut kajian secara rambang melalui pengalaman-pengalaman terhadap pergerakan Muzik Underground/Independent di Malaysia, pada awal tahun 90 pergerakan ini bergerak secara satu aliran tanpa mengikut genre-genre muzik, dan pada masa itu muzik Thrash Metal, Death Metal, Hard Core, Punk, Grind, Industrial, Alternative Rock bergerak dalam satu nama yang dikenali sebagai Underground, bukti-bukti pergerakan ini bergerak secara bersama dapat dilihat dalam Thanks list setiap album, demo, Flyers dan Fan Zine yang diterbitkan dan dikeluarkan oleh syarikat rakaman atau keluaran sendiri. Sebab-sebab perpecahan tidak dapat dikenal pasti, kemungkinan oleh kerana pertambahan peminat-peminat atau sebab-sebab lain yang tidak dikenal pasti secara khusus.

Bagaimanapun era 90' an merupakan zaman kemuncak pergerakan underground muzik Malaysia, nama-nama besar dalam local scene ini lahir pada tahun ini, seperti Silent Death (Death Metal), Brain Dead (Death Metal), Nemesis (Thrash/Death), Infactious Maggots (Industrial Grind Noise), Necotic Chaos (Brutal Death Metal), Karatz (Punk Rock), Carburetor Dung (Punk Rock), Spiral Kinetic Circus (Alternative Rock), The Pilgrims (Post Punk), Naked Butterfly (Alternative Rock), Chronic Mass (Hard Core), Nebiras (Black Metal), Rator (Black Metal), Langsuyr (Occult Death Metal), Negation (Grind Core), Slum Scum (Grind Death) dan sebagainya menghasilkan karya-karya awal pada zaman kemuncak pergerakan muzik underground ini. Antara bandar-bandar yang dilanda muzik underground ini ialah Kuala Lumpur, Johor Baharu, Ipoh, Pulau Pinang, Kuantan, dan juga Taiping.

SEJARAH PERGERAKAN UNDERGROUND MALAYSIA

Sejarah pergerakan muzik ini tidak dapat dikenal pasti secara tepat kerana tiada kajian tepat di buat, bagaimana pun kemunculan band seperti Rator (1987), Brain Dead (1988), Sil Khannaz (1987), The Punisher, Bacteria, SAXO pada awal pergerakan ini boleh dijadikan bahan sebagai pemulaan sejarah pergerakan Underground Malaysia. Pada awal 90an sudah terdapat laporan gig oleh majalah-majalah mainstream seperti URTV yang berkisar tentang konsert Thrash Metal di Johor Baharu dan antara petikan yang saya masih ingat ialah “Ini mungkin kali yang pertama dan terakhir Konsert Thrash Metal diadakan”. Kemunculan syarikat rakaman seperti Sonic Asylum, VSP, Dark Journey, memeriahkan lagi suasana.

Pada masa awal pergerakan underground ini kebanyakan gig dijalankan secara bercampur-campur Punk, Thrash, Death Metal dsb. Selain daripada itu fanzine yang dikeluarkan kebanyakan akan merangkumi semua aliran muzik underground Malaysia, antara Fanzine yang terbesar di Malaysia ketika itu ialah Vortex From The East, Krenmaut, Karakatuar, dan sebagainya.

Dan ketika itu juga, muncul beberapa hero2 yang menjadi sebutan ketika zaman itu dan ada lagi yang masih berjuang seperti Fathul, Joe Kidd, Aru, Lan bear dan ramai lagi...dan menyusul dgn beberapa nama yang menjadi sebutan dgn muzik indie dan experimental mereka mereka pada zaman itu seperti Irman (damage digital & spacebar), Acoi, Sahak (fuckchop?) dgn scene mereka di Seremban, dan ramai lagi pemuzik2 independent yg bergerak dan masih berjuang hingga ke hari ini. Bayangkan ketika itu tiada internet, tiada CD, tiada teknologi seperti hari ini, mereka hanya gunakan kaset sebagai demo dan fanzine ini lah yang menjadi alat utk mengembangkan muzik & ideologi mereka.

Pada ketika itu juga, ada juga perbezaan ideologi (pelbagai fahaman dan ideologi ketika itu... (straight edge..XXX..pro-choice.. punk..etc) hingga beberapa gigs di boikot. Fenomena ini sudah tidak berlaku lagi pada hari ini dan saya yakin wujudnya perkembangan yang sihat dalam muzik independent hari ini dan akan terus berkembang pesat.

Dipetik dan diubahsuai dari blog ini.

No comments:

Post a Comment