Thursday, May 7, 2009

Butterfingers


Butterfingers merupakan sebuah kugiran grunge di Malaysia. Ia terdiri daripada empat orang ahli iaitu Emmett (penyanyi dan gitar), Loque (gitar utama), Loco (dram) dan Kadak (bass).

Pada tahun 1991, Loque (Khairil Ridzwan Bin Anuar), dan rakan sekampusnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kadak (Mohd Fakharudin Bin Mohd Bahar), membentuk kumpulan Loque's Tail, bersama-sama dengan beberapa rakan sekampus di MCKK, lalu mula menghasilkan bahan sendirinya, dengan harapan mencipta nama dalam persada muzik Malaysia. Adalah diingati bahawa ketika inilah bermulanya era grunge mendarat di Malaysia.

Ketika bermain di Kuala Lumpur pada tahun 1993 di Black Widow Studios mereka bertembung dengan Emmett, yang juga di situ untuk bermain dengan kumpulan sendirinya ketika itu, Grunge Dayz. Loque kagum dengan bakat Emmett lalu menduga Emmett dalam pertandingan kugiran. Setelah itu mereka sama-sama memutuskan untuk berganding bahu dan bergabung skil dan kreativiti mereka untuk membentuk satu kumpulan baru. Setelah bertemu dengan pemain dram Kalai pada tahun yang sama, lahirnya Butterfingers secara rasminya pada tahun 1993. Gabungan Loque (penulis lagu, gitar), Emmett (vokalis, gitar, dan penulis lirik), Kadak (bes) dan Kalai (dram) ini, bersama-sama menggegarkan persada muzik bawah tanah dengan sekuatnya sehingga kebanyakan pertunjukan mereka habis dijual dan mereka dikenali sebagai the stuff of underground legends (bahan legenda bawah tanah).

Kini, kumpulan ini telah berpecah kerana Emmet telah berpindah ke Kanada bersama keluarganya dan Loque telah menyambung pengajiannya..

Album

* 1.2 Milligrams
* Butter Worth Pushful
* Trancendence
* Butter Late Than Never
* Malayneum
* The Best Is Yet To Come
* Selamat Tinggal Dunia
* Kembali

Pautan

Laman web Butterfingers HERE

Butterfingers on MySpace HERE

Laman web RoyalButterfingers HERE

Butterfingers on AMP HERE


No comments:

Post a Comment