Saturday, June 27, 2009

Hujan


Hujan ialah nama yang dipilih oleh sebuah kumpulan indie ditubuhkan pada awal 2006 dan bertapak di Malaysia. Kumpulan muzik ini lebih suka melabelkan genre yang mereka bawakan sebagai rock alternatif dan lebih cenderung mendendangkan lagu di dalam bahasa Malaysia. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka adalah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara artis-artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah The Strokes dan Butterfingers.

Mereka pernah membuat persembahan di United Kingdom melalui Jelajah Hujan ke UK yang bukan sahaja untuk mempromosikan dua buah EP Hujan yang sudah diterbitkan iaitu "1,2,3, Go!" dan "Check Check Rock Rock" malah mereka turut menjual baju T dan lencana istimewa Hujan. Di sana mereka membuat persembahan di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield dan Cardiff.

Ahli-ahli

Krew

  • Panjang - PR Manager
  • Amrul Kareem - Pereka grafik
  • Fad Photoplay - Jurukamera rasmi 1
  • Eone - Jurukamera rasmi 2

Diskografi

Setakat ini, Hujan telah melancarkan dua buah EP iaitu 1,2,3 Go! dan Check Check Rock Rock. Mereka juga telah melancarkan album pertama mereka iaitu "Hujan". Album terbitan Noh Phrofile dan diedarkan oleh FMC Music.

Pautan Sini