Sunday, April 17, 2011

SKA - The Nice Melody.. The Beginning.

Sejarah Ska

Ska adalah bentuk muzik Jamaika yang bermula lewat 1950-an. Menggabungkan unsur tradisi mento dan calypso dengan bunyi rhythm and blues American, ia merupakan awalan di Jamaica kepada rocksteady, dan kemudian, reggae
Ketika muzik bertukar di Amerika, begitu juga Ska. Sebagai contoh, Ska dipengaruhi oleh jazz dan rock. Pengaruh campuran ini timbul kerana peminat Ska di Jamaica akan pergi ke kelab, tetapi juga mendengar muzik Amerika melalui corong radio


Bunyi ska dicipta di Studio One di Kingston, Jamaika.

Bunyi muzik ska dikenali melalui penempatan bunyi gitar yang ditekankan accented dan rima piano rancak upbeats. Perkataan "ska" mungkin berasal dari onomatopoeic dalam tradisi sastera atau juga rima muzik.

Pemain gitar Ernest Ranglin berkata bahawa "cakaran bunyi gitar selamba (offbeat guitar scratching) yang dimainkan olehnya dan pemuzik lain dikenali sebagai 'skat! skat! skat!'"
Pakar sejarah muzik biasanya membahagikan sejarah Ska kepada tiga gelombang. Minat terhadap Ska semakin pudar semenjak diperkenalkan pada asalnya, dan meningkat semula revivals of note di England pada 1980s (dikenali sebagai Two-Tone), dan satu lagi gelombang kepopularan pada 1990-an (dirujuk sebagai Ska Gelombang Ketiga).

Era Two-Tone dinamakan sempena label rekod yang serupa, dihasilkan oleh Jerry Dammers, pemain keyboard The Specials. Artis lain pada label ini termasuk The Selecter dan band Madness yang berjaya secara komersial.

Sebahagian band Amerika paling berjaya era Ska Gelombang Ketiga adalah The Mighty Mighty Bosstones dan No Doubt, kedua-duanya menggabungkan ska dengan rock dan punk. Sesetengah orang mendakwa bahawa penggabungan kedua jenis muzik menyebabkannya kehilangan kesemua unsur Jamaika.

Ska diseluruh dunia kelihatannya kembali kepada asal. Semakin banyak band memainkan ska yang dipengaruhi atau sepenuhnya sama dengan ska tradisi. Band tersebut termasuk The Slackers, Pressure Cooker, The Debonaires, Westbound Train, dan The Soul Captives.

Gerhana Ska Cinta
Di Malaysia, penubuhan Band Ska tidaklah serancak di Barat namun kemunculan band seperti Gerhana Ska Cinta, The Rosewood, dan sebagainya telah membuka mata banyak pihak terhadap muzik ska.

No comments:

Post a Comment