Tuesday, August 25, 2009

Muzik ROCK....Sejauh manakah kita??


Rock antara genre muzik yang telah lama bertapak dalam senario perjalanan seni, muzik tempatan. Sejak kebangkitan era rock dalam era 80an muzik rock tempatan terus berkembang dengan kelahiran pelbagai genre muzik rock seperti rock n roll, heavy metal, punk rock, alternative rock, arena rock, blues rock, country rock, glam rock, hard rock, power rock, progressive rock, surf rock dan bermacam-macam lagi rock.

Namun tumpuan adalah lebih terarah kepada beberapa genre muzik rock yang telah lahir dalam industri muzik tempatan sejak berkembangnya muzik rock di Malaysia. Bermula dengan kelahiran Battle Of The Bands maka dari situ dilihat irama rock terus menular dalam arena muzik tempatan. Pelbagai nama kumpulan rock ujud dengan versi rock tersendiri namun setakat yang ujud ketika itu genre muzik mereka agak terarah pada genre muzik rock n roll, heavy metal, glam rock, folk rock dan hard rock. Selang beberapa tahun kemudian ada usaha untuk memasuki elemen power rock / metal, progressive rock / metal, symphonic rock, symphonic metal dan piano rock ke dalam arena muzik rock tempatan namun sayang usaha itu tidak menampakkan kejayaan. Lantas setelah terhukum begitu sahaja, usaha untuk mempelbagaikan genre muzik rock di Malaysia terus terbantut.

Dalam pada itu juga penularan muzik underground juga terus menerjah dengan kehadiran pelbagai kumpulan baru seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kehadiran kumpulan secara underground ini lebih menjurus kepada genre muzik thrash metal, black metal dan death metal walaupun demikian ada juga segelintir kelompok pemuzik underground lebih menjurus ke arah mainstream seperti bermain genre reggae, ska dan beberapa genre yang ada dalam aliran mainstream serta komersial. Meskipun kedua aliran seakan-akan bangkit secara serentak namun perjalanannya juga terbahagi kepada dua saluran iaitu satu kelompok pergi lebih terarah dan komersial dan satu kelompok lagi bergerak secara underground dan cuma diikuti oleh pengikut-pengikut dan golongan mereka sendiri. Pergerakan kumpulan underground nampak lebih eksklusif lantaran cuma golongan pengikut irama genre itu sahaja yang lebih berpeluang untuk menikmati muzik underground. Namun untuk catatan ini apa yang ingin disentuh ialah perjalanan genre muzik rock yang bergerak secara komersial dalam mencorak senario muzik rock tempatan.

Secara lebih jelas lagi perkembangan genre muzik rock yang lebih meriah dalam atmosfera muzik tempatan ialah dengan kelahiran album pertama kumpulan Searh – Cinta Buatan Malaysia dalam tahun 1985 diikuti pula dengan terbitnya album Battle Of The Bands 1 & 2 yang terus mengangkat genre muzik rock di Malaysia.

Kalau diperhatikan secara lebih menjurus kepada genre muzik yang ditampilkan oleh kumpulan-kumpulan rock yang ditubuhkan waktu itu, rata-rata mereka tampil dengan genre muzik rock atau subgenre muzik rock yang seakan-akan sama iaitu rock n roll, hard rock, heavy metal, thrash dan glam rock. Secara amnya perkembangan muzik rock dalam senario tempatan waktu itu masih lagi sangat terhad sedangkan pelbagai genre muzik rock boleh diterokai waktu itu.

Dari satu sudut pula kalau diperhatikan cara ahli kumpulan-kumpulan tersebut berpakaian pula lebih menjurus kepada glam rock yang mana penampilan dan cara berpakaian mereka yang lebih glamour dan juga cara tata rias atau make-up mereka. Secara umumnya penampilan mereka ala-ala wanita. Manakala dari aspek muzik yang dianuti mereka lebih terarah pada sub genre muzik rock ‘n’ roll, heavy metal, glam rock dan pop rock.

Dalam perkembangan senario sedemikian kumpulan rock yang ditubuhkan juga tidak harus dipersalahkan begitu sahaja. Kehendak pendengar dan peminat juga perlu diambil kira, begitu juga dengan permintaan pasaran namun sebagai pengikut setia rock, ruang untuk mempertikaikan kenapa keadaan itu terjadi sedemikian juga masih terbuka. Namun itu adalah cerita lama dan telahpun menjadi sejarah.

Untuk seterusnya dalam arena sebegitu kita tumpu pada perkembangan muzik rock tempatan masa kini, ini adalah kerana apa yang ada sekarang ini adalah lanjutan dari apa yang telah sedia ujud sejak dekad lapan puluhan lagi. Bayangkan kalaulah genre muzik rock seperti progressive rock / metal, power rock / metal, symphonic rock / metal, neo-classic metal, glam rock, cello rock, garange rock, punk rock, punta rock, raga rock, psychedelic rock, british invasion, chicano rock, glitter rock, pub rock dan banyak lagi genre dan sub genrenya telah kita takluki ketika itu. Bukankah mudah untuk para penggiat muzik rock kita menentukan aliran genre manakah yang patut mereka anuti.

‘Bukan salah ibu mengandung….’ kita terpaksa akur pada kehendak pasaran dan pendengar. Itulah yang terpaksa kita lalui ketika ini dalam meneruskan perjalanan muzik rock di Malaysia. Cuba kira berapa kerat sangatlah genre muzik rock yang pemuzik rock kita anuti ketika ini? Persoalannya kenapa jadi begitu? Apakah puncanya genre dan sub genre muzik rock seakan-akan terbantut dalam arena muzik tempatan? Apakah kerana pendengar atau peminat muzik rock tempatan lebih gemar pada rock n roll, heavy metal, alternative dan beberapa kerat lagi genre muzik rock? Persoalan sebegitu mungkin seringkali bermain dalam minda peminat atau pemuzik atau mungkin para pengubah lagu tempatan. Tapi tiada tindakan yang diambil untuk memastikan genre muzik rock lain terus berkembang dalam senario muzik rock tempatan.

Pernah diajukan persoalan itu pada pemuzik, penyanyi dan mereka yang terlibat dalam senario muzik rock tempatan, namun jawapan yang kurang menyuntik semangat rock dikeluarkan “…tiada ‘market’… ”, “…susah orang nak terima…”, “…company tak mau ‘bikin’…” dan pelbagai lagi alasan yang cukup kukuh untuk menidakkan kehadiran pelbagai lagi genre muzik rock ke persada muzik tempatan.

Isu itu bukanlah untuk menyalahkan mereka yang terlibat dalam muzik rock, tapi bagi pengikut, pengemar dan peminat rock yang mempunyai pelbagai citarasa dan pilihan ini juga turut terbantut. Mereka inilah golongan yang menjadi mangsa keadaan, namun mereka ini jugalah golongan yang tidak pernah putus asa dalam mencari apa yang mereka hendak, maka dengan permintaan dari mereka inilah juga secara tidak langsung telah mewujudkan satu lorong istimewa dalam kepelbagaian genre muzik rock tempatan. Mereka telah membawa masuk pelbagai genre dan sub genre muzik rock ke dalam senario muzik rock tempatan selain dari genre muzik rock yang telah sedia ada dalam masyarakat rock tempatan.

Beberapa genre dan sub genre muzik rock mulai memasuki arena muzik tempatan meskipun tidak mengujudkan kelompok kumpulan pemuzik yang mampu tampil dengan album komersial namun pengikut genre muzik rock seperti gothic rock / metal, symphonic rock / metal, neo-classic metal, cello rock, power metal, progressive metal, glam rock, arena rock, garage rock, post rock dan beberapa genre dan sub genre yang lain mulai merayap dan berkembang, meskipun tidak sehebat zaman kegemilangan rock 80’an.

Pengaliran genre sedemikian menjalar cuma melalui para pengemar dan peminat muzik genre rock sedemikian. Namun secara keseluruhannya pengikut muzik begitu masih boleh di bilang dengan jari. Ini bermakna aliran muzik sedemikian belum mampu mencambahkan lagi putiknya di persada muzik rock tempatan. Nampak cuma disebelah pihak sahaja yang berusaha menjadikan muzik genre rock sedemikian bertapak di kalangan warga rock tempatan. Maka di sini sekali lagi boleh ditimbulkan apakah peranan para pemuzik dan penggiat irama rock sendiri dalam menyemarakkan lagi arena rock tempatan agar terus meriah dengan pelbagai sub genre muzik rock. Kita fikirkan bersama dan sebagai warga rock tempatan mampukah kita mengemilangkan kepelbagaian irama rock itu kembali seperti apa yang terjadi di era 80’an.

Untuk kegemilangan kali ini terdayakah kita menyemarakan kepelbagaian sub genre rock sekaligus agar arena rock tempatan terus mekar dan meriah. Horns up untuk rockers yang tetap berjiwa rock meski pada zahir nampak macam biasa.

Sunday, August 9, 2009

Klafisikasi Muzik Metal


Tulisan ini hanya untuk pemahaman kepada peminat muzik-muzik heavy yang kekadang konfius dgn cabang-cabang muzik metal….aku hanya sekadar menulis……

Apa yang anda faham dengan muzik-muzik yang dikelaskan sebagai muzik underground? Setiap individu mungkin mempunyai pemahaman tersendiri terhadap muzik underground berdasarkan pembacaan ataupun selalu mengikuti perkembangan muzik ini. Sekarang ni tak heran begitu banyak kumpulan-kumpulan baru yang muncul dan mengatakan mereka adalah band underground. Terfikir tak anda bahawa kebanyakan artis underground itu sendiri pun ada yang masih konfius dengan genre-genre yg macam-macam tu.

Apa yang aku cuba sampaikan kat sini hanyalah untuk menunjukkan pemahaman aku tentang pengelasan muzik-muzik underground yang bermacam-macam jenis dan bermacam-macam pengikut ni. Aku akui yang mungkin apa aku akan tulis nanti tu tidak berapa tepat. Jadi aku terbuka untuk menerima sebarang komen dan pembetulan.

Alternative - Aku kurang pasti sangat jenis muzik macam ni tergolong dalam kategori underground ke tak. Lagu-lagu mereka kebanyakannya tidak begitu keras dan boleh diterima oleh orang kebanyakan. Aku tidak mengikuti sangat muzik jenis ini jadi aku kurang pasti apa yang diceritakan dalam lagu mereka. Mungkin ada lagu cinta. Ada juga yang berkisarkan isu semasa (ketidakpuashatian mereka) dan melodinya juga sesuai untuk halwa telinga pelbagai peringkat umur.
e.g - oasis, green day, weezer

Grunge - Muzik ni pun aku konfius macamana boleh terkategori dalam kategori underground. Lagu-lagu kebanyakannya jiwang. Tidak hairanlah ramai remaja perempuan dan remaja lelaki yang di ambang percintaan begitu meminati lagu-lagu kategori ini dan mengatakan mereka adalah grunge walaupun haram habuk pun tak faham apa itu grunge. Muzik ini seakan-akan berada di tengah-tengah antara alternative dan punk. Grunge diperkenalkan oleh band-band yang berpusat di Seattle, US. Muzik ni juga dikenali sebagai Seattle Sound.
e.g - soundgarden, pearl jam, smashing pumpkins

Punk - Muzik ni sangat bising dan bercelaru. Kebanyakan muzik punk tidak bersangkut paut dengan hantu dan syaitan dalam lagu mereka. Kebanyakannya hanyalah mencarut dan mengutuk sapa-sapa yang mereka tidak puas hati. Bagi aku muzik punk tidak sesuai untuk banging kerana rentak lagu dan pukulan drum seakan berterabur. Muzik ini hanya sesuai untuk melompat-lompat dan meloncat-loncat. Kalau dalam konsert, masa ending atau tengah-tengah konsert tu mereka akan membuat gimmik untuk menarik perhatian penonton dengan menghempas gitar, menghempas mic, ataupun meludah merata-rata tempat seakan-akan mahu menunjukkan keadaan yang huru-hara (chaos)..
e.g - misfit, exploited, sex pistol

Hardcore - Minta maaf kalau aku tersalah tulis tentang muzik ini. Daripada sumber internet aku mendapati Hardcore adalah Grindcore ataupun adik beradik dengan Grindcore. Aku pulak berkefamahan Grindcore tu adalah grindmetal yg lagi up dan Hardcore pulak adalah adik beradik punk. Sampai sekarang aku masih belum dapat memahami betul - betul apa itu hardcore. Kalau ikut pemahaman aku dulu aku merasakan hardcore tu macam lagu yang dibawa oleh The Pilgryms dan Offspring di mana muzik mereka seakan-akan punk yg melodic.
e.g - Offspring, The Pylgrims, sapa lagi?

Heavy Metal - Mungkin ramai yg meminati muzik ini. Lagu-lagu tidak berkisarkan pada percintaan dan kekecewaan dalam percintaan semata-mata. Topik lagu mereka sangat luas - politik, peperangan, pengalaman diri dan bermacam-macam lagi. Mereka tidak memerlukan gimik semasa dalam konsert mereka. Cara mereka untuk menarik penonton hanyalah dengan persembahan mereka sahaja. Aku paling suka style konsert yang dibawa oleh Metallica (lama). Bagi aku kalau orang tanya apa itu heavy metal dan aku akan mengatakan dengarlah Metallica (lama).
e.g - metallica, megadeth, sacred reich

Thrash Metal - lanjutan dari heavy metal maka lahirlah thrash metal. Thrash metal tidak begitu mementingkan vocal. Mereka mementingkan muzik sahaja. Untuk membezakan dengan heavy metal, thrash metal menghasilkan muzik yang lagi keras dan mengasyikan serta vocalnya yang tidak begitu jelas. Cromok merupakan salah local band yang berjaya menempa nama melalui muzik ni.
e.g - cromok, noctornous, slayer

Speed Metal - speed metal juga dikenali sebagai progressive rock. Kalau ikut definisi muzik ni dikatakan sebagai muzik yang pantas dari segi ketukan drum, petikan gitar dan petikan bass. Tapi sepanjang aku mendengar lagu daripada band - band speed metal aku tak dapat pun mengesan kat mana pantasnya lagu tersebut. Ok jugak muzik ni kalau dilayan. Happening jugak. Aku suka beberapa lagu oleh Helloween.
e.g - helloween, riot, gamma ray

Death Metal - Sepanjang pengetahuan aku, lagu Death Metal berkaitan dengan hantu dan syaitan, keagamaan serta kematian - nama pun Death..he3. Aku suka dengan muzik ni sebab walaupun berat mereka masih lagi mementingkan irama dan rentak. Mereka tak hentam promo je buat lagu. Kadang-kadang bila dengar lagu death metal boleh feeling jugak bila sampai part gitar solo yang syahdu tu. Aku lebih suka death metal band tempatan sebab kena dengan citarasa aku. Lagipun mereka tidak begitu over dalam menghasilkan lagu- agu yang berkaitan dengan keagamaan. Yang penting layan muzik je..Jangan terpengaruh gn lirik dh..Lu pikir La sendiri!!
e.g - morbid angel, unleashed, silent death

Black Metal - Imej yang dibawa oleh black metal seakan-akan sama dengan Death Metal. Kalau kurang mengenali band tersebut cenderung kepada konsep apa pasti akan terkeliru antara black metal dengan death metal. Black metal biasanya lebih kepada pemujaan dalam lagu mereka. Biasanya keyboard adalah satu instrument yang biasa digunakan untuk menghasilkan muzik yang seram dan ngeri. Hilaian dan jeritan seakan-akan seseorang tengah disiksa juga banyak dimasukkan dalam lagu-lagu mereka. Vokal mereka agak jelas dan lagu-lagu mereka juga mempunya irama yang menarik.
e.g - king diamond, bathory, cradle of filth

White Metal - Konsep yang cuba dibawa adalah berlawanan dengan black metal. White metal adalah tergolong dari golongan yang mempercayai tentang kewujudan tuhan berbeza dgn black metal yang sentiasa meragui tentang kewujudan tuhan. Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah mereka ni membawa muzik yang slow dan perlahan? Aku tidak dapat memberi jawapan kerana masih belum pernah mendengarnya lagi. Mungkin muzik yang dibawa adalah berat tetapi kandungan liriknya yang membawa kepada kebaikan.

Doom Metal - Doom metal adalah satu muzik berat yang perlahan. Seolah-olah mereka bermain muzik dalam keadaan slow motion. Bagi sesiapa yang menyukakan muzik yang pantas pasti tidak boleh menerima muzik yang sebegini rupa dan mungkin akan membuatkan seseorang itu tertidur sebab terlampau boring. Modar adalah salah satu local band yang mencuba nasib dalam konsep muzik ini dan hasilnya tidak mengecewakan aku.
e.g - chatedral, black sabbath, modar

Grindcore - Aku merasakan Grindcore adalah kemuncak dalam segala muzik. Muzik ni ter'over' ganas, laju, bising, brutal dan sebagainya. Kebanyakan lagu bertemakan pembunuhan, penyakit, perut terburai dan badan kena kerat empat belas. Memang meloyakan kalau tengok cover album mereka.
e.g - carcass, brutal truth, godflesh

Grind Death Metal - Muzik ni pulak camana? apa beza dengan grindcore? aku nak korang bagi pendapat tentang perbezaan muzik ni dengan grindcore coz aku sendiri pun dh blur..he3
e.g - Cannibal Corpse, Necrotic Chaos, sLumsCum

Jika terdapat kesalahan maklumat atau sebarang tokok-tambah, jangan segan untuk berkongsi pendapat dan tolong beri teguran yang membina..TQ

Saturday, August 8, 2009