Aku giler muzik..
Koleksi lagu2 kegemaran aku dh mencecah ribuan..
Koleksi album2 kegemaran aku dh mencecah ratusan..
Koleksi kegemaran aku (lagu2 & album2) dh mencecah 27 gb..
Aku sayang giler koleksi2 aku..
Pada tahun 1995, kumpulan Disagree diasaskan oleh Zahid dan Hamka ketika di bangku sekolah menengah. Bersmaa ahli-ahli lain, Lan dan Amir, kumpulan ini membuat persembahan di sekitar Kuala Lumpur dan merakam demo pertama mereka, Never Cry Wolf pada tahun kemudiannya. Menurut Zahid, studio di mana mereka merakamnya ialah Bach & Traz, dan studio tersebut gulung tikar seminggu selepas itu. Tambah beliau, mereka mampu merakam 10 lagu, dan hanya dua daripadanya diselamatkan untuk didendangkan dalam persembahan.
Pada tahun 1997, dengan bantuan sebuah label independent, kumpulan Disagree merakam demo keduanya. Malangnya, hajat tidak kesampaian akibat kekalutan dalam label. Semenjak itu, ahli-ahli menumpu perhatian mereka pada perkara lain, maka berkuburlah kumpulan muzik itu selama dua tahun.
Kumpulan Disagree bangkit semula setelah Zahid dan Hamka diajak untuk menyertai konsert Rock the World yang julung kali diadakan, di One Utama. Kumpulan itu bermain di hadapan 10,000 orang, dan ini menggalakkan kumpulan ini untuk berkumpul semula dan merakam muzik. Namun begitu, Lan dan Amir meninggalkan kumpulan itu, lalu diganti oleh Aziz dan Ashroff.
Pada tahun 2001, Disagree merakam demo baru yang dijadikan sebahagian fenomena Homemade Jam di Malaysia. Demo itu diputarkan di Wow FM (kini tidak wujud) dan hitz.fm lalu berbagai-bagai majalah memberi ulasan yang positif secara mendadak.
Kumpulan ini mula makin giat dalam persada muzik setelah memikat perhatian para penganjur. Pada tahun 2002, Fat Ant Music Festival diadakan dan kumpulan Disagree hadir di situ untuk melariskan muzik mereka. Pada lewat tahun yang sama, Disagree membuka konsert 'Rock the World II', salah satu pencapaian terbesar mereka, lalu terus menyertai konsert Rock the World seterusnya. Semenjak itu mereka menjadi hadirin wajib dalam konsert Rock the World tahunan ini.
Pada tahun 2003, sewaktu Rock the World III, Fat Boys Records, satu label independent yang diketuai Jason Lo dan ketika itu sudah menandatangani kumpulan Naked Breed, menunjukkan minat terhadap Disagree. Sambil berbincang dengan label itu, kumpulan Disagree bersedia merakam album sulung mereka. Setelah 10 bulan, termasuk kerja mastering di California, album At the End of the Day 11 runut ini dikeluarkan pada 10 Februari 2004.
Pada tahun 2005, kumpulan Disagree mula meraih anugerah, bermula dengan Anugerah Putaran Terbanyak di Anugerah Malaysian English Top 10 Awards hitz.fm sulung, diikuti dengan Artis Bahasa Inggeris Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-12.
Pada tahun 2006, mereka bergandingan dengan kumpulan Pop Shuvit untuk menghasilkan lagu dan video muzik yang ditujukan kepada peminat bola sepak sempena Piala Dunia FIFA 2006. Penghasilan lagu bertajuk Football Mad Nation dan videonya ditaja oleh Celcom.
Pada tahun 2007, kumpulan Disagree terlibat dalam Nokia You Make It Reel, pertandingan bagi pengarah video muzik baru. Pada tahun yang sama, mereka menyertai Ikon Malaysia.
SumberKumpulan Pop Shuvit merupakan kumpulan muzik indie yang menggabungkan unsur-unsur muzik rock dan hip-hop. Kumpulan ini dianggotai oleh :-
Kumpulan Pop Shuvit ditubuhkan pada tahun 2000 dan menempah nama pada tahun berikutnya dengan menghasilkan versi baru lagu Jump yang pernah didendangkan oleh Kriss Kross pada awal 90-an. Lagu tersebut mendapat sambutan daripada pendengar radio hitz.fm.
Pada tahun 2002, album pertama mereka Take It & Shuvit keluar di pasaran dan single-single dari album ini turut disambut baik oleh peminat muzik tanahair, termasuk Skaters' Anthem yang dipopularkan di saluran sukan berbayar ESPN sempena temasya X-Games yang diadakan di Malaysia ketika itu.
Pada 20 Disember 2003, Pop Shuvit mengambil kesempatan daripada pelawaan label independant Jepun (S2S) untuk mengeluarkan album mereka di negara matahari terbit. Album mereka Take It & Shuvit Again yang dirakam semula khusus untuk pasaran negara tersebut menerima sambutan yang luar jangkaan daripada muda-mudi Jepun, melangkaui prestasi kumpulan rock Barat pada ketika itu. Satu album remixberjudul The Shuvit Remixes juga dihasilkan khusus untuk pasaran Jepun.
Pada tahun 2005, album kedua mereka Here and Now diterbitkan dan dikeluarkan di Jepun terdahulu sebelum Malaysia memandangkan pasaran Jepun lebih besar dan lumayan bagi kumpulan ini.Album yang diterbitkan oleh Greg Henderson ini memuatkan 12 buah lagu.Antara lagu hits# album ini ialah Old Skool Rocka dan Journey. Sempena pelancaran album mereka, mereka mengadakan tour di beberapa tempat di Jepun sebagai penghargaan mereka kepada peminat-peminat di negara itu.
Pada tahun 2006, album ketiga kumpulan Pop Shuvit, Amped & Dangerous dikeluarkan hanya di Jepun. Namun begitu, lagu-lagu yang terkandung dalam album ini dimainkan di radio Malaysia.
Pada tahun 2008, Kumpulan ini juga telah memenangi Anugerah Kembara pada AIM ke 15.
Pada 11 Mac 2009,Pop Shuvit meriliskan single terbaru mereka berjudul Oh! Sizuka yang akan dimuatkan dalam Cherry Love Blossom Affair EP.Single itu dipersembahkan di radio XFM dan ERA FM.
Album-album Pop Shuvit