Saturday, December 12, 2009

I Had An Accident Last Nite

Aku yg menunggang Yamaha 125ZR DILANGGAR sebuah kereta Honda CIVIC V-Tec di Jln Kg Kerinchi.. Aku yg berada di lorong kanan dengan kelajuan hanya 60km/jam tiba2 dihimpit kereta yg menukar lorong secara membuta-tuli tanpa menyalakan signal..aku xsempat elak dan...Dummmm..!!!!

Tangan kanan aku cedera dan tidak dapat digerakkan sepenuhnya kesan dari luka teruk n bengkak yg wujud..Aku bertuah kerana tanganku tidak patah..

Helmet yg dipakaiku pecah di bahagian depan..Mujur aku pakai helmet..Kalau tidak kepalaku akan mengalami nasib seperti helmet ini..

Tuan punya kereta bertanggungjawab atas kejadian ini dan telah bersetuju untuk menanggung segala kos... TQ Carlos..Lu memang gentleman..

Thursday, November 26, 2009

A.C.A.B

Peneraju utama band ini adalah Magskin dan juga Eddie. Merekalah yang menubuhkan band ini ketika penerimaan muzik Oi! berada di paras membanggakan. Bagi melengkapkan band ini, mereka mengundang Sham, Anas serta Black dan kemudiannya sama-sama memulakan penerokaan muzik Oi! yang dicintai. Nama A.C.A.B. dipilih dan digunakan sehingga ke hari ini. Dalam tahun 1995, A.C.A.B. merakamkan demo yang bertajukkan nama band itu sendiri yang mana memuatkan tujuh buah lagu seperti Unfairground, City Girl, A.C.A.B., Fight For Your Right dan banyak lagi. Ia dikeluarkan oleh label mereka sendiri iaitu Brovver Brigade Records. Seperti yang diduga dari awal, demo ini telah terjual melebihi 500 unit meskipun tidak mempunyai sebarang promosi rasmi. Kejayaan itu sudah pasti tidak disia-siakan.

Tibalah masa band ini untuk berdepan dengan pengikut-pengikutnya. Hari yang menentukan kemampuan A.C.A.B. beraksi itu telah diadakan di Dynasty Night Club di Ipoh. Itulah gig pertama mereka. Namun tiada siapa yang menduga, hampir kesemua pembeli demo mereka turun untuk menyaksikan persembahan mereka, termasuklah crowd yang diimport khas dari Kuala Lumpur. Persinggahan band ini bukan setakat di sana sahaja. Sebagai "Godfather Of Skinhead/Oi!", mereka terus memanjangkan langkah ke serata pelusuk tempat. Gig demi gig dibuat bagi mengumpul lebih ramai rakan baru. Perancangan A.C.A.B. begitu tepat pada waktunya, menjadikan mereka benar-benar dipuja. Malahan lagu-lagu yang terdapat di dalam demo mereka itu dinobatkan sebagai lagu rasmi pengikut skinhead senegara dan sekaligus memecah revolusi.

Kepesatan muzik ini akhirnya menjadi pendorong sehingga wujudnya lebih banyak band dengan konsep yang sama. Berfaktorkan itulah, scene ini menjadi semakin berkembang dengan jayanya. Antara band yang berjaya mengikut jejak A.C.A.B. ialah Boot-Off, Skin Rovers, Opponent dan lain-lain lagi. Pada tahun seterusnya, A.C.A.B. merakamkan EP yang pertama mereka yang berjudul UNITE & FIGHT. Beberapa insiden telah berlaku semasa EP ini sedang dibuat. Antaranya penarikan diri Anas dan Black. Sungguhpun demikian, Ep ini selamat disiapkan dengan kerjasama profesional dari Magskin, Eddie, Sham dan seorang anggota baru di posisi drum iaitu Zul. UNITE & FIGHT bukan sahaja diagihkan kepada pengikut tempatan tetapi juga dipasarkan ke luar negara. EP ini terjual sehingga 2000 unit. Seperti biasa aktiviti 'gigging' diteruskan selepas itu. Tidak lama kemudian aktiviti band itu terpaksa diberhentikan buat sementara waktu kerana masalah yang melanda. Dalam tahun 1997, Zul pula mengambil keputusan menarik diri dari A.C.A.B. Posisi drum telah digantikan oleh Eddie sendiri manakala Magskin memikul tugas sebagai vokalis dan gitaris. Ketika A.C.A.B. semakin roboh, mereka sempat merakamkan LP Eastern Oi! dan single We Are The Skins. Malangnya, selepas selesai sahaja proses rakaman, label mereka mengalami masalah kewangan. Maka dengan itu terpaksalah mereka menjual kedua-dua master tape tadi kepada Strange Culture Records. We Are The Skins dipasarkan pada tahun berikutnya, manakala Eastern Oi! menemui peminatnya pada tahun 1999. Dari kedua-kedua produk tersebut, hanya Eastern Oi! sahaja yang berjaya menepati target mereka, di mana ianya terjual sebanyak 10 000 unit dalam masa yang singkat. Sungguhpun begitu, jualan LP yang memberangsangkan tidak berjaya memulihkan semangat dan masalah dalaman A.C.A.B. Satu demi satu anggotanya mengundur diri beralasankan peribadi.

Ketika ini, tinggal Magskin seorang yang masih setia mencari jalan penyudah kembali megah kembali seperti sebelumnya. Ikrar tetap digenggam. Walau apa pun yang terjadi, A.C.A.B. takkan terkubur. Magskin melepaskan segala kesedihannya melalui sebuah lagu iaitu RINTANGAN HIDUP DUNIA yang dirakamkan untuk album TRIBUTE TO RUSTY BLADE. Alaf baru 2000, misi baru A.C.A.B. terlaksana. Mereka bukan sahaja raja di pentas gig, tetapi jugak bertakhta di pentas konsert. Stadium Negara dan Bukit Jalil menjadi saksi kebanggaan A.C.A.B. dengan lebih ramai penonton. Memandangkan ianya menjadi satu sejarah, persembahan di kedud-dua konsert itu telah diabadikan di dalam satu album iaitu LIVE & LOUD yang dikeluarkan oleh Clockwork Records dan terjual sehingga 10 000 unit. Dalam tahun 2001, A.C.A.B. terlibat dalam album TRIBUTE TO SWEET CHARITY terbitan EMI. Lagu 'Musibah' dibawakan dengan cara mereka sendiri. Pada waktu yang sama, Sham kembali ke pangkian band ini dan Eddie juga dipanggil semula untuk sama-sama mengembalikan detik kegemilangan A.C.A.B. pada suatu ketika dahulu. Bukan mudah untuk mendapatkan semula khidmat Eddie kerana dia begitu sibuk dengan band SKAnya iaitu, GERHANA SKA CINTA. Namun demi kasihnya terhadap band ini, akhirnya dia bersetuju dan kelima-lima mereka membuka lembaran baru menerusi gig Eastern Oi! Kini mereka terus berbangga dengan kejayaan album kedua mereka, SKINHEAD 4 LIFE yang diragut 4000 pembeli dalam tempoh sebulan ia dipasarkan. Turut dipasarkan terdahulu ialah album koompilasi DAYS OF BEING WILD dan juga single STREETS OF UPTOWN. Penampilan baru A.C.A.B. memberi kelainan berbeza berbanding dengan album yang terdahulu. Muzik dan mesej yang disematkan jauh berbeza mengikut peredaran zaman. Sememangnya jauh lebih baik dengan guitarwork dan basslines yang lebih padat, hentakan drum yang lebih padat serta vokal Magskin yang lebih bersemangat.

Monday, November 2, 2009

Nu Metal


Nu metal merupakan sub-genre bagi heavy metal yang mula bangkit pada awal 1990an yang menggabungkan muzik grunge, alternative metal, funk metal, hip hop, serta pelbagai genre heavy metal lain seperti industrial, groove dan trash.

Istilah "nu metal" mula digunakan dalam satu reviu bagi konsert Coal Chamber pada pertengahan Oktober 1995 dalam majalah Spin sebagai satu bentuk "muzik metal baharu" (new metal).

Sebagaimana kumpulan pemuzik pendahulunya iaitu funk metal, kebanyakan kumpulan nu metal berasal dari California. Kumpulan seperti P.O.D, Deftones dan Korn kesemuanya adalah kumpulan nu metal yang berasal dari California dan mula aktif pada awal 90an.

Nu metal secara amnya bermula dengan pita demo Korn, Neidermeyer's Mind, dilancarkan pada tahun 1992. Muzik "trademark" Korn terhasil daripada cubaan untuk menghasilkan kod yang digunakan oleh pemain gitar Mr. Bungle, Trey Spruance, yang dirujuk sebagai "kod Bungle mudah alih". Mereka juga memetik kumpulan lain yang disertai Mike Patton iaitu Faith No More bagi Video Terhebat Sepanjang Zaman 2006 oleh majalah Kerrang!, menyatakan bahawa Korn dipengaruhi kumpulan-kumpulan tersebut kerana mereka melakukan sesuatu yang luar biasa bagi sesebuah kumpulan metal. Kumpulan nu metal juga sering melakukan aksi konvensional metal sebagai satu pengaruh, terutamanya oleh Black Sabbath.

Korn menggunakan gitar 7 tali berbanding gitar tradisional 6 tali yang lebih lazim. Steve Vai asalnya memperkenalkannya ke pasaran khusus untuk pemain gitar teknikal. Munky, gitaris Korn, bukanlah pemain teknikal tetapi dia mengambil keputusan untuk membawa gitar 7 tali ke satu arah yang berbeza.

Penerbit Ross Robinson dilabelkan oleh sesetengah pihak sebagai "Dewa Nu Metal" kerana banyak menerbitkan album-album nu metal yang berjaya seperti album sulung Korn dan album Three Dollar Bill, Yall oleh Limp Bizkit.

Monday, October 26, 2009

Garasi - Sahabat

Di saatku butuh dirimu
Ku inginkan kau disisiku
Saat kau perlukan hadirku
Ku janjikan ada untukmu

Jangan pernah ‘tuk menghilang

Ku nantikan saat bersama
Penuh cerita dan ceria
Redakan beban yang terasa
Memberi warna dalam jiwa

Ku akan selalu berjanji
Untuk segera sampai nanti
Kan selalu ada untukmu temani harimu

Jangan pernah ‘tuk menghilang
Karena kaulah sahabatku

Berjanjilah tak meninggalkanku
Dan janjilah kau tak melupakanku nanti
Dan kita harus selalu menjaga
Arti dari sebuah persahabatan kita ini

Jangan pernah ‘tuk menghilang

Jangan pernah ‘tuk menghilang
Karna kaulah sahabatku

Saturday, October 17, 2009

Tuesday, September 1, 2009

100 Gitar Solo Terbaik


Aku lampirkan 100 Gitar Solo Terbaik seperti yang disusun oleh Majalah Guitar World..
So pada korang yang belajar atau nak memantapkan skill
gitar korang, dengar-dengarkan lah lagu-lagu ini..

01 - Led Zeppelin - Stairway To Heaven
02 - Van Halen - Eruption
03 - Lynyrd Skynyrd - Free Bird
04 - Pink Floyd - Comfortably Numb
05 - Jimi Hendrix - All Along The Watchtower
06 - Guns N' Roses - November Rain
07 - Metallica - One
08 - Eagles - Hotel California
09 - Ozzy Osbourne - Crazy Train
10 - Cream - Crossroads
11 - Jimi Hendrix - Voodoo Chile
12 - Chuck Berry - Johnny B. Goode
13 - Stevie Ray Vaughan - Texas Flood
14 - Derek And The Dominos - Layla
15 - Pantera - Floods
16 - Led Zeppelin - Heartbreaker
17 - Eric Johnson - Cliffs of Dover
18 - Jimi Hendrix - Little Wing
19 - Deep Purple - Highway Star
20 - Queen - Bohemian Rhapsody
21 - Pink Floyd - Time
22 - Dire Straits - Sultans of Swing
23 - Rage Against The Machine - Bulls On Parade
24 - Metallica - Fade To Black
25 - Jethro Tull - Aqualung
26 - Nirvana - Smells Like Teen Spirit
27 - Stevie Ray Vaughan - Pride and Joy
28 - Ozzy Osbourne - Mr Crowley
29 - Steve Vai - For The Love Of God
30 - Joe Satriani - Surfing With The Alien
31 - Ted Nugent - Stranglehold
32 - Jimi Hendrix - Machine Gun
33 - BB King - The Thrill Is Gone
34 - Radiohead - Paranoid Android
35 - Pantera- Cemetary Gates
36 - Yngwie Malmsteen - Black Star
37 - Guns N' Roses - Sweet Child O' Mine
38 - Led Zeppelin - Whole Lotta Love
39 - Neil Young - Cortez The Killer
40 - Steely Dan - Reelin' In The Years
41 - Queen - Brighton Rock
42 ? The Beatles - While My Guitar Gently Weeps
43 - ZZ Top - Sharp Dressed Man
44 - Pearl Jam - Alive
45 - The Doors - Light My Fire
46 - Van Halen - Hot For Teacher
47 - The Allman Brothers Band - Jessica
48 - The Rolling Stones - Sympathy For The Devil
49 - Santana - Europa
50 - Kiss - Shock Me
51 - Metallica - Master Of Puppets
52 - Jimi Hendrix - Star Spangled Banner
53 - Led Zeppelin - Since I've Been Loving You
54 - The Smashing Pumpkins - Geek USA
55 - Joe Satriani - Satch Boogie
56 - Black Sabbath - War Pigs
57 - Pantera - Walk
58 - Eric Clapton - Cocaine
59 - The Kinks - You Really Got Me
60 - Frank Zappa - Black Napkins
61 - Ozzy Osborne - No More Tears
62 - Pink Floyd - Money
63 - Soundgarden - Black Hole Sun
64 - Prince - Little Red Corvette
65 - Nirvana - In Bloom
66 - The Allman Brothers Band - Blue Sky
67 - Micheal Jackson - Beat it
68 - Yes - Starship Trooper
69 - The Beatles - And Your Bird Can Sing
70 - Jimi Hendrix - Purple Haze
71 - Funkadelic - Maggot Brain
72 - Aerosmith - Walk This Way
73 - Phish - Stash
74 - Deep Purple - Lazy
75 - The Who - Wont Get Fooled Again
76 - Neil Young - Cinnamon Girl
77 - Alice In Chains - Man In The Box
78 - Grateful Dead - Truckin'
79 - Van Halen - Mean Street
80 - ACDC - You Shook Me All Night Long
81 - Velvet Underground - Sweet Jane
82 - King Crimson - 21st Century Schizoid Man
83 - Stevie Ray Vaughan - Scuttle Buttin'
84 - Sublime - Santeria
85 - David Bowie - Moonage Daydream
86 - The Allman Brothers Band - Whipping Post
87 - Living Colour - Cult Of Personality
88 - Steely Dan - Kid Charlemagne
89 - Rage Against The Machine - Killing In The Name Of
90 - Eric Clapton - Let It Rain
91 - CCR - I Heard It Through The Grapevine
92 - Stray Cats - Stray Cat Strut
93 - The Doors - The End
94 - Rush - Working Man
95 - Pearl Jam - Yellow Ledbetter
96 - The Rolling Stones - Honky Tonk Women
97 - The Smashing Pumpkins - Cherub Rock
98 - Dream Theater - Under A Glass Moon
99 - Jeff Beck - Cause We've Ended As Lovers
100 - Janes Addiction - Three Days



Aku rujuk pada laman web ini

Tuesday, August 25, 2009

Muzik ROCK....Sejauh manakah kita??


Rock antara genre muzik yang telah lama bertapak dalam senario perjalanan seni, muzik tempatan. Sejak kebangkitan era rock dalam era 80an muzik rock tempatan terus berkembang dengan kelahiran pelbagai genre muzik rock seperti rock n roll, heavy metal, punk rock, alternative rock, arena rock, blues rock, country rock, glam rock, hard rock, power rock, progressive rock, surf rock dan bermacam-macam lagi rock.

Namun tumpuan adalah lebih terarah kepada beberapa genre muzik rock yang telah lahir dalam industri muzik tempatan sejak berkembangnya muzik rock di Malaysia. Bermula dengan kelahiran Battle Of The Bands maka dari situ dilihat irama rock terus menular dalam arena muzik tempatan. Pelbagai nama kumpulan rock ujud dengan versi rock tersendiri namun setakat yang ujud ketika itu genre muzik mereka agak terarah pada genre muzik rock n roll, heavy metal, glam rock, folk rock dan hard rock. Selang beberapa tahun kemudian ada usaha untuk memasuki elemen power rock / metal, progressive rock / metal, symphonic rock, symphonic metal dan piano rock ke dalam arena muzik rock tempatan namun sayang usaha itu tidak menampakkan kejayaan. Lantas setelah terhukum begitu sahaja, usaha untuk mempelbagaikan genre muzik rock di Malaysia terus terbantut.

Dalam pada itu juga penularan muzik underground juga terus menerjah dengan kehadiran pelbagai kumpulan baru seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kehadiran kumpulan secara underground ini lebih menjurus kepada genre muzik thrash metal, black metal dan death metal walaupun demikian ada juga segelintir kelompok pemuzik underground lebih menjurus ke arah mainstream seperti bermain genre reggae, ska dan beberapa genre yang ada dalam aliran mainstream serta komersial. Meskipun kedua aliran seakan-akan bangkit secara serentak namun perjalanannya juga terbahagi kepada dua saluran iaitu satu kelompok pergi lebih terarah dan komersial dan satu kelompok lagi bergerak secara underground dan cuma diikuti oleh pengikut-pengikut dan golongan mereka sendiri. Pergerakan kumpulan underground nampak lebih eksklusif lantaran cuma golongan pengikut irama genre itu sahaja yang lebih berpeluang untuk menikmati muzik underground. Namun untuk catatan ini apa yang ingin disentuh ialah perjalanan genre muzik rock yang bergerak secara komersial dalam mencorak senario muzik rock tempatan.

Secara lebih jelas lagi perkembangan genre muzik rock yang lebih meriah dalam atmosfera muzik tempatan ialah dengan kelahiran album pertama kumpulan Searh – Cinta Buatan Malaysia dalam tahun 1985 diikuti pula dengan terbitnya album Battle Of The Bands 1 & 2 yang terus mengangkat genre muzik rock di Malaysia.

Kalau diperhatikan secara lebih menjurus kepada genre muzik yang ditampilkan oleh kumpulan-kumpulan rock yang ditubuhkan waktu itu, rata-rata mereka tampil dengan genre muzik rock atau subgenre muzik rock yang seakan-akan sama iaitu rock n roll, hard rock, heavy metal, thrash dan glam rock. Secara amnya perkembangan muzik rock dalam senario tempatan waktu itu masih lagi sangat terhad sedangkan pelbagai genre muzik rock boleh diterokai waktu itu.

Dari satu sudut pula kalau diperhatikan cara ahli kumpulan-kumpulan tersebut berpakaian pula lebih menjurus kepada glam rock yang mana penampilan dan cara berpakaian mereka yang lebih glamour dan juga cara tata rias atau make-up mereka. Secara umumnya penampilan mereka ala-ala wanita. Manakala dari aspek muzik yang dianuti mereka lebih terarah pada sub genre muzik rock ‘n’ roll, heavy metal, glam rock dan pop rock.

Dalam perkembangan senario sedemikian kumpulan rock yang ditubuhkan juga tidak harus dipersalahkan begitu sahaja. Kehendak pendengar dan peminat juga perlu diambil kira, begitu juga dengan permintaan pasaran namun sebagai pengikut setia rock, ruang untuk mempertikaikan kenapa keadaan itu terjadi sedemikian juga masih terbuka. Namun itu adalah cerita lama dan telahpun menjadi sejarah.

Untuk seterusnya dalam arena sebegitu kita tumpu pada perkembangan muzik rock tempatan masa kini, ini adalah kerana apa yang ada sekarang ini adalah lanjutan dari apa yang telah sedia ujud sejak dekad lapan puluhan lagi. Bayangkan kalaulah genre muzik rock seperti progressive rock / metal, power rock / metal, symphonic rock / metal, neo-classic metal, glam rock, cello rock, garange rock, punk rock, punta rock, raga rock, psychedelic rock, british invasion, chicano rock, glitter rock, pub rock dan banyak lagi genre dan sub genrenya telah kita takluki ketika itu. Bukankah mudah untuk para penggiat muzik rock kita menentukan aliran genre manakah yang patut mereka anuti.

‘Bukan salah ibu mengandung….’ kita terpaksa akur pada kehendak pasaran dan pendengar. Itulah yang terpaksa kita lalui ketika ini dalam meneruskan perjalanan muzik rock di Malaysia. Cuba kira berapa kerat sangatlah genre muzik rock yang pemuzik rock kita anuti ketika ini? Persoalannya kenapa jadi begitu? Apakah puncanya genre dan sub genre muzik rock seakan-akan terbantut dalam arena muzik tempatan? Apakah kerana pendengar atau peminat muzik rock tempatan lebih gemar pada rock n roll, heavy metal, alternative dan beberapa kerat lagi genre muzik rock? Persoalan sebegitu mungkin seringkali bermain dalam minda peminat atau pemuzik atau mungkin para pengubah lagu tempatan. Tapi tiada tindakan yang diambil untuk memastikan genre muzik rock lain terus berkembang dalam senario muzik rock tempatan.

Pernah diajukan persoalan itu pada pemuzik, penyanyi dan mereka yang terlibat dalam senario muzik rock tempatan, namun jawapan yang kurang menyuntik semangat rock dikeluarkan “…tiada ‘market’… ”, “…susah orang nak terima…”, “…company tak mau ‘bikin’…” dan pelbagai lagi alasan yang cukup kukuh untuk menidakkan kehadiran pelbagai lagi genre muzik rock ke persada muzik tempatan.

Isu itu bukanlah untuk menyalahkan mereka yang terlibat dalam muzik rock, tapi bagi pengikut, pengemar dan peminat rock yang mempunyai pelbagai citarasa dan pilihan ini juga turut terbantut. Mereka inilah golongan yang menjadi mangsa keadaan, namun mereka ini jugalah golongan yang tidak pernah putus asa dalam mencari apa yang mereka hendak, maka dengan permintaan dari mereka inilah juga secara tidak langsung telah mewujudkan satu lorong istimewa dalam kepelbagaian genre muzik rock tempatan. Mereka telah membawa masuk pelbagai genre dan sub genre muzik rock ke dalam senario muzik rock tempatan selain dari genre muzik rock yang telah sedia ada dalam masyarakat rock tempatan.

Beberapa genre dan sub genre muzik rock mulai memasuki arena muzik tempatan meskipun tidak mengujudkan kelompok kumpulan pemuzik yang mampu tampil dengan album komersial namun pengikut genre muzik rock seperti gothic rock / metal, symphonic rock / metal, neo-classic metal, cello rock, power metal, progressive metal, glam rock, arena rock, garage rock, post rock dan beberapa genre dan sub genre yang lain mulai merayap dan berkembang, meskipun tidak sehebat zaman kegemilangan rock 80’an.

Pengaliran genre sedemikian menjalar cuma melalui para pengemar dan peminat muzik genre rock sedemikian. Namun secara keseluruhannya pengikut muzik begitu masih boleh di bilang dengan jari. Ini bermakna aliran muzik sedemikian belum mampu mencambahkan lagi putiknya di persada muzik rock tempatan. Nampak cuma disebelah pihak sahaja yang berusaha menjadikan muzik genre rock sedemikian bertapak di kalangan warga rock tempatan. Maka di sini sekali lagi boleh ditimbulkan apakah peranan para pemuzik dan penggiat irama rock sendiri dalam menyemarakkan lagi arena rock tempatan agar terus meriah dengan pelbagai sub genre muzik rock. Kita fikirkan bersama dan sebagai warga rock tempatan mampukah kita mengemilangkan kepelbagaian irama rock itu kembali seperti apa yang terjadi di era 80’an.

Untuk kegemilangan kali ini terdayakah kita menyemarakan kepelbagaian sub genre rock sekaligus agar arena rock tempatan terus mekar dan meriah. Horns up untuk rockers yang tetap berjiwa rock meski pada zahir nampak macam biasa.

Sunday, August 9, 2009

Klafisikasi Muzik Metal


Tulisan ini hanya untuk pemahaman kepada peminat muzik-muzik heavy yang kekadang konfius dgn cabang-cabang muzik metal….aku hanya sekadar menulis……

Apa yang anda faham dengan muzik-muzik yang dikelaskan sebagai muzik underground? Setiap individu mungkin mempunyai pemahaman tersendiri terhadap muzik underground berdasarkan pembacaan ataupun selalu mengikuti perkembangan muzik ini. Sekarang ni tak heran begitu banyak kumpulan-kumpulan baru yang muncul dan mengatakan mereka adalah band underground. Terfikir tak anda bahawa kebanyakan artis underground itu sendiri pun ada yang masih konfius dengan genre-genre yg macam-macam tu.

Apa yang aku cuba sampaikan kat sini hanyalah untuk menunjukkan pemahaman aku tentang pengelasan muzik-muzik underground yang bermacam-macam jenis dan bermacam-macam pengikut ni. Aku akui yang mungkin apa aku akan tulis nanti tu tidak berapa tepat. Jadi aku terbuka untuk menerima sebarang komen dan pembetulan.

Alternative - Aku kurang pasti sangat jenis muzik macam ni tergolong dalam kategori underground ke tak. Lagu-lagu mereka kebanyakannya tidak begitu keras dan boleh diterima oleh orang kebanyakan. Aku tidak mengikuti sangat muzik jenis ini jadi aku kurang pasti apa yang diceritakan dalam lagu mereka. Mungkin ada lagu cinta. Ada juga yang berkisarkan isu semasa (ketidakpuashatian mereka) dan melodinya juga sesuai untuk halwa telinga pelbagai peringkat umur.
e.g - oasis, green day, weezer

Grunge - Muzik ni pun aku konfius macamana boleh terkategori dalam kategori underground. Lagu-lagu kebanyakannya jiwang. Tidak hairanlah ramai remaja perempuan dan remaja lelaki yang di ambang percintaan begitu meminati lagu-lagu kategori ini dan mengatakan mereka adalah grunge walaupun haram habuk pun tak faham apa itu grunge. Muzik ini seakan-akan berada di tengah-tengah antara alternative dan punk. Grunge diperkenalkan oleh band-band yang berpusat di Seattle, US. Muzik ni juga dikenali sebagai Seattle Sound.
e.g - soundgarden, pearl jam, smashing pumpkins

Punk - Muzik ni sangat bising dan bercelaru. Kebanyakan muzik punk tidak bersangkut paut dengan hantu dan syaitan dalam lagu mereka. Kebanyakannya hanyalah mencarut dan mengutuk sapa-sapa yang mereka tidak puas hati. Bagi aku muzik punk tidak sesuai untuk banging kerana rentak lagu dan pukulan drum seakan berterabur. Muzik ini hanya sesuai untuk melompat-lompat dan meloncat-loncat. Kalau dalam konsert, masa ending atau tengah-tengah konsert tu mereka akan membuat gimmik untuk menarik perhatian penonton dengan menghempas gitar, menghempas mic, ataupun meludah merata-rata tempat seakan-akan mahu menunjukkan keadaan yang huru-hara (chaos)..
e.g - misfit, exploited, sex pistol

Hardcore - Minta maaf kalau aku tersalah tulis tentang muzik ini. Daripada sumber internet aku mendapati Hardcore adalah Grindcore ataupun adik beradik dengan Grindcore. Aku pulak berkefamahan Grindcore tu adalah grindmetal yg lagi up dan Hardcore pulak adalah adik beradik punk. Sampai sekarang aku masih belum dapat memahami betul - betul apa itu hardcore. Kalau ikut pemahaman aku dulu aku merasakan hardcore tu macam lagu yang dibawa oleh The Pilgryms dan Offspring di mana muzik mereka seakan-akan punk yg melodic.
e.g - Offspring, The Pylgrims, sapa lagi?

Heavy Metal - Mungkin ramai yg meminati muzik ini. Lagu-lagu tidak berkisarkan pada percintaan dan kekecewaan dalam percintaan semata-mata. Topik lagu mereka sangat luas - politik, peperangan, pengalaman diri dan bermacam-macam lagi. Mereka tidak memerlukan gimik semasa dalam konsert mereka. Cara mereka untuk menarik penonton hanyalah dengan persembahan mereka sahaja. Aku paling suka style konsert yang dibawa oleh Metallica (lama). Bagi aku kalau orang tanya apa itu heavy metal dan aku akan mengatakan dengarlah Metallica (lama).
e.g - metallica, megadeth, sacred reich

Thrash Metal - lanjutan dari heavy metal maka lahirlah thrash metal. Thrash metal tidak begitu mementingkan vocal. Mereka mementingkan muzik sahaja. Untuk membezakan dengan heavy metal, thrash metal menghasilkan muzik yang lagi keras dan mengasyikan serta vocalnya yang tidak begitu jelas. Cromok merupakan salah local band yang berjaya menempa nama melalui muzik ni.
e.g - cromok, noctornous, slayer

Speed Metal - speed metal juga dikenali sebagai progressive rock. Kalau ikut definisi muzik ni dikatakan sebagai muzik yang pantas dari segi ketukan drum, petikan gitar dan petikan bass. Tapi sepanjang aku mendengar lagu daripada band - band speed metal aku tak dapat pun mengesan kat mana pantasnya lagu tersebut. Ok jugak muzik ni kalau dilayan. Happening jugak. Aku suka beberapa lagu oleh Helloween.
e.g - helloween, riot, gamma ray

Death Metal - Sepanjang pengetahuan aku, lagu Death Metal berkaitan dengan hantu dan syaitan, keagamaan serta kematian - nama pun Death..he3. Aku suka dengan muzik ni sebab walaupun berat mereka masih lagi mementingkan irama dan rentak. Mereka tak hentam promo je buat lagu. Kadang-kadang bila dengar lagu death metal boleh feeling jugak bila sampai part gitar solo yang syahdu tu. Aku lebih suka death metal band tempatan sebab kena dengan citarasa aku. Lagipun mereka tidak begitu over dalam menghasilkan lagu- agu yang berkaitan dengan keagamaan. Yang penting layan muzik je..Jangan terpengaruh gn lirik dh..Lu pikir La sendiri!!
e.g - morbid angel, unleashed, silent death

Black Metal - Imej yang dibawa oleh black metal seakan-akan sama dengan Death Metal. Kalau kurang mengenali band tersebut cenderung kepada konsep apa pasti akan terkeliru antara black metal dengan death metal. Black metal biasanya lebih kepada pemujaan dalam lagu mereka. Biasanya keyboard adalah satu instrument yang biasa digunakan untuk menghasilkan muzik yang seram dan ngeri. Hilaian dan jeritan seakan-akan seseorang tengah disiksa juga banyak dimasukkan dalam lagu-lagu mereka. Vokal mereka agak jelas dan lagu-lagu mereka juga mempunya irama yang menarik.
e.g - king diamond, bathory, cradle of filth

White Metal - Konsep yang cuba dibawa adalah berlawanan dengan black metal. White metal adalah tergolong dari golongan yang mempercayai tentang kewujudan tuhan berbeza dgn black metal yang sentiasa meragui tentang kewujudan tuhan. Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah mereka ni membawa muzik yang slow dan perlahan? Aku tidak dapat memberi jawapan kerana masih belum pernah mendengarnya lagi. Mungkin muzik yang dibawa adalah berat tetapi kandungan liriknya yang membawa kepada kebaikan.

Doom Metal - Doom metal adalah satu muzik berat yang perlahan. Seolah-olah mereka bermain muzik dalam keadaan slow motion. Bagi sesiapa yang menyukakan muzik yang pantas pasti tidak boleh menerima muzik yang sebegini rupa dan mungkin akan membuatkan seseorang itu tertidur sebab terlampau boring. Modar adalah salah satu local band yang mencuba nasib dalam konsep muzik ini dan hasilnya tidak mengecewakan aku.
e.g - chatedral, black sabbath, modar

Grindcore - Aku merasakan Grindcore adalah kemuncak dalam segala muzik. Muzik ni ter'over' ganas, laju, bising, brutal dan sebagainya. Kebanyakan lagu bertemakan pembunuhan, penyakit, perut terburai dan badan kena kerat empat belas. Memang meloyakan kalau tengok cover album mereka.
e.g - carcass, brutal truth, godflesh

Grind Death Metal - Muzik ni pulak camana? apa beza dengan grindcore? aku nak korang bagi pendapat tentang perbezaan muzik ni dengan grindcore coz aku sendiri pun dh blur..he3
e.g - Cannibal Corpse, Necrotic Chaos, sLumsCum

Jika terdapat kesalahan maklumat atau sebarang tokok-tambah, jangan segan untuk berkongsi pendapat dan tolong beri teguran yang membina..TQ

Saturday, August 8, 2009

Saturday, June 27, 2009

Hujan


Hujan ialah nama yang dipilih oleh sebuah kumpulan indie ditubuhkan pada awal 2006 dan bertapak di Malaysia. Kumpulan muzik ini lebih suka melabelkan genre yang mereka bawakan sebagai rock alternatif dan lebih cenderung mendendangkan lagu di dalam bahasa Malaysia. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka adalah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara artis-artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah The Strokes dan Butterfingers.

Mereka pernah membuat persembahan di United Kingdom melalui Jelajah Hujan ke UK yang bukan sahaja untuk mempromosikan dua buah EP Hujan yang sudah diterbitkan iaitu "1,2,3, Go!" dan "Check Check Rock Rock" malah mereka turut menjual baju T dan lencana istimewa Hujan. Di sana mereka membuat persembahan di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield dan Cardiff.

Ahli-ahli

Krew

  • Panjang - PR Manager
  • Amrul Kareem - Pereka grafik
  • Fad Photoplay - Jurukamera rasmi 1
  • Eone - Jurukamera rasmi 2

Diskografi

Setakat ini, Hujan telah melancarkan dua buah EP iaitu 1,2,3 Go! dan Check Check Rock Rock. Mereka juga telah melancarkan album pertama mereka iaitu "Hujan". Album terbitan Noh Phrofile dan diedarkan oleh FMC Music.

Pautan Sini

Monday, May 25, 2009

Hidup dan Muzik


Aku giler muzik..

Koleksi lagu2 kegemaran aku dh mencecah ribuan..

Koleksi album2 kegemaran aku dh mencecah ratusan..

Koleksi kegemaran aku (lagu2 & album2) dh mencecah 27 gb..

Aku sayang giler koleksi2 aku..

Monday, May 11, 2009

Sejarah Mungkin Berulang

Bermula akhir tahun 2007, kita dicetuskan dengan fenomena muzik 'indie' di negara ini. Pada tahun 2008, band2 indie semakin berkembang dan berjaya mendapat tempat di hati peminat muzik di Malaysia. Tahun ini merupakan tahun yang banyak menyimpan kenangan pahit manis kepada penggiat muzik tanah air. Suasana muzik Malaysia kembali meriah dengan kebangkitan pemuzik-pemuzik bebas yang dahulunya dipinggir ekoran ‘agung’nya pemuzik seberang. Hampir keseluruhan media arus perdana samada media cetak atau media elektronik berbicara perihal kebangkitan pemuzik-pemuzik bebas. Stesen TV, stesen radio, akhbar harian malah akhbar tabloid turut memberi ruang kepada pemuzik-pemuzik bebas untuk menampilkan karya-karya mereka. Inilah yang kita mahukan. Ruang serta masa yang diberi harus dimanfaatkan sebaik mungkin. Peluang seperti ini sangat jarang berlaku setelah kita diserang oleh ‘GARUDA’ seberang beberapa tahun kebelakangan.


Apa ironinya dengan tajuk dan intro yang saya gunakan? Kalian sedia maklum dengan keadaan semasa. Namun, ini bukan kali pertama karya pemuzik-pemuzik bebas mendapat tempat di hati masyarakat arus perdana. Lebih kurang 10 tahun dahulu, scene bebas(dahulunya dikenali sebagai ‘underground’) telah dapat diterima oleh masyarakat. Suasana pada masa itu sangat meriah dengan kehadiran kugiran-kugiran yang datang membawa pelbagai genre muzik. Untuk tidak merosakkan sejarah muzik bebas tanah air, saya hanya menumpukan kepada generasi DIY pada era 90-an dan pada era kini. Kepada pembaca yang berusia 21 tahun ke bawah mungkin tidak berkesempatan merasai betapa ‘happening’nya scene ‘bawah tanah’ ketika itu. Mungkin kalian berpendapat saya terlalu emosi atau ’orang tua’ yang sedang dilamun cinta lalu bercerita kenangan masa dahulu. Sebelum menduga, kalian harus terus membaca imbauan yang saya imbas kembali demi satu tujuan…BERSATU.


Pada pertengahan 90-an, kita telah dikejutkan dengan kemunculan pelbagai kugiran ‘bawah tanah’ yang datang dengan harapan setelah dipojok dengan muzik ‘leleh’ yang hadir entah dari mana. Ingin saya tegaskan di sini, ketika itu scene ‘bawah tanah’ (DIY) sangat mementingkan semangat ‘unity’ dan ‘brotherhood’ yang tinggi. Saling bantu-membantu, tolong-menolong, berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing. Melalui ‘coverage’ yang begitu terhad, pemuzik-pemuzik bebas ini terus berjuang demi satu matlamat…BERKARYA. Tanpa Myspace, tanpa Facebook, tanpa Friendster, tanpa download atau upload, dan semacam kemudahan teknologi, pemuzik serta ‘followers’ bergerak seiring dalam memastikan scene ini terus hidup. Bolehkah ‘adik-adik’ bayangkan hidup tanpa sebarang ‘gadjet-gadjet’ canggih? Tanpa telefon bimbit, tanpa internet, tanpa Myspace…Tentu susah bukan???


Namun sedikit demi sedikit, tangga demi tangga didaki, akhirnya scene DIY dapat diterima ramai. Sebelumnya, segala informasi dikongsi melalui ‘zine-zine’ yang diilhamkan ‘followers’ atau pemuzik bebas sendiri, ROTTW, Majalah Konsert, kolum yang dikendalikan Joe Kidd (Carburetor Dung) dalam sebuah akhbar harian bahasa inggeris, pertukaran ’stuff’ sesama ‘followers’ dan bermacam-macam cara yang sangat terbatas. Boleh dikatakan hanya segelintir yang mengetahui tentang kewujudan scene DIY ini. Wujudnya hero-hero(he…he…he) seperti Abg. Rom, Joe Kidd, dan Kevin B(Wow FM-rip off) maka segala informasi berguna dapat dikongsi. Siapa Kevin B??? Mungkin ‘adik-adik’ tidak pernah kenal akan nama ini. Namun, tiada seorang DJ radio pada masa kini yang lebih ‘cool’ dari beliau. Kevin B merupakan seorang DJ radio Wow FM yang banyak memutarkan ’stuff’ DIY tanpa sebarang prejudis. Zahid(Disagree) mungkin individu yang paling bertuah pada masa itu(awal tahun 2000). Abg. Rom!!! Apa lagi yang dapat diceritakan mengenai ‘brother’ rambut putih ni. Hanya jutaan terima kasih dari kami semua. Dan, Joe Kidd. Saya rasakan beliau merupakan orang yang patut kalian sanjungi melalui usaha beliau memartabatkan scene DIY. Joe Kidd merupakan aktivis yang ideologinya susah untuk ditafsir. Aru(Koffin Kanser) dan rakan seperjuangan mungkin menangis jika sejarah mereka diimbas kembali. Hahaha…Republik Of Brieckfield adalah sebuah legasi yang benar. Banyak sejarah tercatat di situ dan mungkin Aru, Joe Kidd, Jaei(Sil Khannaz) serta rakan-rakan mereka saja yang mengerti.


Okay…Berbalik kepada pendedahan pada era tersebut. Media arus perdana telah memberi perhatian kepada scene DIY. Malah, sebuah stesen TV swasta telah menerbitkan satu-satunya rancangan khusus untuk pemuzik-pemuzik bebas yang dikenali sebagai ALTERNATIF yang disiarkan setiap minggu. Dan bermula dari sini juga, semua kugiran yang datang dari kelompok bebas digelar sebagai ‘band alternatif yang membawakan genre muzik alternatif’(ntah apa-apa). Berbekalkan rancangan ini, ROTTW(dahulunya hanya terbit setiap 2 bulan),dan informasi dari rakan-rakan, kami(followers) berusaha mengumpul wang untuk hadir ke gig-gig serta membeli dan bertukar-tukar ’stuff’(ketika itu popular dalam bentuk kaset) yang berharga RM 5. Jika tidak, kami hanya berurusan melalui pos sahaja. Cuba ‘adik-adik’ bayangkan betapa susahnya hanya semata-mata untuk mendengar sesuatu yang ‘magik’. Pada ketika itu, scene DIY Ipoh(Ipoh Rock City) sangat happening dengan gig-gig metal dan indie. Medan Kidd merupakan medan pertukaran maklumat ataupun ‘one-stop-centre’ bagi budak-budak ipoh. Kompleks Yik Foong pula adalah tempat perkongsian idea dan pendapat yang meriah pada setiap hujung munggu. Manakala, di Kuala Lumpur, Central Market dan Kompleks Campbell adalah tempat yang wajib dikunjungi jika menghadiri gig di sekitar KL. Jika ‘adik-adik’ ingin menguji pengetahuan tentang muzik, sila kunjungi kedai kaset Auntie di Kompleks Campbell. Nescaya ‘adik-adik’ akan pulang dengan muka merah padam menahan malu(Auntie memiliki pengetahuan mendalam tentang senario muzik tempatan mahupun antarabangsa).


Kalian mungkin bosan dengan tulisan yang melalut. Tapi, ingatlah kalian semua tentang sejarah kita yang mungkin berulang. Akan saya rungkaikan di akhir penulisan ini. 28 Days, Sil Khannaz, Necrotic Chaos, Koffin Kanser, The Pilgrims, The Splatters, The Expired, The Bollocks, Muck, Catapuru, Apple Green, FTG, Butterfingers, OAG, Dead Mushrooms, Happy Nightmare, LYME, Prana, Republik Of Brieckfield, ACAB, The Official, Shizuka, BloodyMary, Fat Flat, Spunky Funggy, Spiral Kinetik Circus, Amigone, Carburetor Dung, Custom Daisy, Nice Stupid Playground, Skyjus, Acid Rain, Stone Angelina, Subculture, Infectious Maggots, Samarkhand, 7 Collar T-Shirt, Love Me Butch, Private Whizz, Langsuir dan banyak lagi adalah antara pemuzik-pemuzik bebas yang memberi satu ruang lingkup terhadap tohmahan yang dilemparkan masyarakat perdana selepas era kegemilangan Search dan Wings(kononnya tiada pengganti 2 kugiran hebat ini). Dan semestinya penghormatan harus diberi kepada satu-satunya kugiran ‘rebel’ semasa ‘Battle Of The Band’ pada era 80-an dahulu iaitu Blackfire.


Dan…Julung-julung kalinya, beberapa tahun dahulu scene kita telah dibunuh dengan kejam tanpa diberikan ruang untuk menyelamatkan diri. Umpama pisau yang menikam tubuh itu ditarik dari badan kemudian ditikam kembali berkali-kali. Pedih…Perit… Scene seolah-olah mati. Peristiwa ‘Besi Hitam’ meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Gig-gig diserbu pihak berkuasa untuk menangkap PAK CIK HAMMER, PAK CIK PAKU dan entah apa-apa pak cik lagi kononnya bertujuan mencari bangkai kambing yang darahnya telah diminum oleh pengunjung gig(hahahahaha). Tapi, malangnya gig yang diserbu merupakan sebuah gig ’punk’. Namun, tangkap tetap tangkap!!! Balai cerita!!! Sebuah syarikat penerbitan akhbar tabloid telah menjadi ‘hero kampung’. Kononnya remaja Islam membakar kitab suci Al-Quran dan meminum darah kambing sebagai santapan. Berbulan-bulan propaganda mereka teruskan bagi memastikan remaja-remaja dapat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar(huh). Selama berbulan-bulan itu jugalah tiada seorang pak cik pun yang dapat ditangkap. Untuk rekod; pihak berkuasa negara kita telah diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui penyelesaian kes-kes jenayah. Sekiranya benar apa yang diprovok oleh akhbar tabloid tersebut, sudah semestinya pak cik-pak cik tadi sudah dapat ditangkap dan menerima hukuman setimpal di atas kesalahan mengedar darah kambing. Tika dan saat ini jugalah ‘GARUDA’ yang besar dari seberang telah menemui tempat baru untuk bersarang. Dan tempat itu ialah…MALAYSIA.


"BAPAKU MARAH LAH LAGI, HABIS…CD DIBAKAR, HABIS…POSTER DIBAKAR, HABIS….ZINE KU DIBAKAR…KALAU INI MACAM, LEBIH BAIK AKU JADI…MAT REMPIT, JADI MAT RAP, JADI MAT DISKO, JADI MAT POP INDON, BAIK AKU JADI…BOHJAN"-ini antara lirik lagu Sunut daripada Langsuir(harap maaf jika tersilap). Cuba kalian baca dan fahami maksud yang hendak mereka sampaikan.


Kini, pemuzik-pemuzik bebas telah bangkit kembali. Hujan, Meet Uncle Hussein, They Will Kill Us All, Sugar Loves Cookies, Lydia Diary, Bittersweet, Estranged, Couple, Pop Shuvit(sekadar beberapa nama) telah memberi nafas baru kepada scene DIY. Saya lebih suka menggunakan terma ‘BEBAS’ kerana ia sangat jelas untuk menggambarkan perjuangan pemuzik-pemuzik muda ini. Jangan sempitkan pemikiran adik-adik kita dengan terma ‘INDIE’. Dengan penjelasan yang panjang lebar, saya berharap kepada semua pemuzik-pemuzik bebas masakini dan ’followers’ agar bersatu dan sama-sama menyokong pergerakan DIY kita sendiri. Jalan yang sempit dahulunya telah terbentang luas. Hanya azam dan ikatan persaudaraan yang kukuh sesama kita dapat meneruskan perjuangan yang dirintis oleh ‘pioneers’ terdahulu. Biar berbeza ideologi, biar berlainan genre, biar tidak sependapat, namun jangan sesekali biarkan scene kita dibunuh untuk kali kedua. Sebatang lidi memang mudah dipatahkan.tetapi jika kita menjadi seberkas lidi, tiada tenaga yang dapat melawan. Fikir-fikirkan.

Dipetik dari BLOG INI

Disagree


Disagree ialah sebuah kumpulan muzik indie Malaysia yang mendendangkan muzik rock progresif. Kumpulan ini dianggap masyhur oleh peminat lagu berbahasa Inggeris buatan Malaysia.

Pada tahun 1995, kumpulan Disagree diasaskan oleh Zahid dan Hamka ketika di bangku sekolah menengah. Bersmaa ahli-ahli lain, Lan dan Amir, kumpulan ini membuat persembahan di sekitar Kuala Lumpur dan merakam demo pertama mereka, Never Cry Wolf pada tahun kemudiannya. Menurut Zahid, studio di mana mereka merakamnya ialah Bach & Traz, dan studio tersebut gulung tikar seminggu selepas itu. Tambah beliau, mereka mampu merakam 10 lagu, dan hanya dua daripadanya diselamatkan untuk didendangkan dalam persembahan.

Pada tahun 1997, dengan bantuan sebuah label independent, kumpulan Disagree merakam demo keduanya. Malangnya, hajat tidak kesampaian akibat kekalutan dalam label. Semenjak itu, ahli-ahli menumpu perhatian mereka pada perkara lain, maka berkuburlah kumpulan muzik itu selama dua tahun.

Kumpulan Disagree bangkit semula setelah Zahid dan Hamka diajak untuk menyertai konsert Rock the World yang julung kali diadakan, di One Utama. Kumpulan itu bermain di hadapan 10,000 orang, dan ini menggalakkan kumpulan ini untuk berkumpul semula dan merakam muzik. Namun begitu, Lan dan Amir meninggalkan kumpulan itu, lalu diganti oleh Aziz dan Ashroff.

Pada tahun 2001, Disagree merakam demo baru yang dijadikan sebahagian fenomena Homemade Jam di Malaysia. Demo itu diputarkan di Wow FM (kini tidak wujud) dan hitz.fm lalu berbagai-bagai majalah memberi ulasan yang positif secara mendadak.

Kumpulan ini mula makin giat dalam persada muzik setelah memikat perhatian para penganjur. Pada tahun 2002, Fat Ant Music Festival diadakan dan kumpulan Disagree hadir di situ untuk melariskan muzik mereka. Pada lewat tahun yang sama, Disagree membuka konsert 'Rock the World II', salah satu pencapaian terbesar mereka, lalu terus menyertai konsert Rock the World seterusnya. Semenjak itu mereka menjadi hadirin wajib dalam konsert Rock the World tahunan ini.

Pada tahun 2003, sewaktu Rock the World III, Fat Boys Records, satu label independent yang diketuai Jason Lo dan ketika itu sudah menandatangani kumpulan Naked Breed, menunjukkan minat terhadap Disagree. Sambil berbincang dengan label itu, kumpulan Disagree bersedia merakam album sulung mereka. Setelah 10 bulan, termasuk kerja mastering di California, album At the End of the Day 11 runut ini dikeluarkan pada 10 Februari 2004.

Pada tahun 2005, kumpulan Disagree mula meraih anugerah, bermula dengan Anugerah Putaran Terbanyak di Anugerah Malaysian English Top 10 Awards hitz.fm sulung, diikuti dengan Artis Bahasa Inggeris Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-12.

Pada tahun 2006, mereka bergandingan dengan kumpulan Pop Shuvit untuk menghasilkan lagu dan video muzik yang ditujukan kepada peminat bola sepak sempena Piala Dunia FIFA 2006. Penghasilan lagu bertajuk Football Mad Nation dan videonya ditaja oleh Celcom.

Pada tahun 2007, kumpulan Disagree terlibat dalam Nokia You Make It Reel, pertandingan bagi pengarah video muzik baru. Pada tahun yang sama, mereka menyertai Ikon Malaysia.

Sumber
Wikipedia

Laman Web Disagree
Myspace

Friday, May 8, 2009

Sejarah Underground dan Independent di Malaysia

Menurut kajian secara rambang melalui pengalaman-pengalaman terhadap pergerakan Muzik Underground/Independent di Malaysia, pada awal tahun 90 pergerakan ini bergerak secara satu aliran tanpa mengikut genre-genre muzik, dan pada masa itu muzik Thrash Metal, Death Metal, Hard Core, Punk, Grind, Industrial, Alternative Rock bergerak dalam satu nama yang dikenali sebagai Underground, bukti-bukti pergerakan ini bergerak secara bersama dapat dilihat dalam Thanks list setiap album, demo, Flyers dan Fan Zine yang diterbitkan dan dikeluarkan oleh syarikat rakaman atau keluaran sendiri. Sebab-sebab perpecahan tidak dapat dikenal pasti, kemungkinan oleh kerana pertambahan peminat-peminat atau sebab-sebab lain yang tidak dikenal pasti secara khusus.

Bagaimanapun era 90' an merupakan zaman kemuncak pergerakan underground muzik Malaysia, nama-nama besar dalam local scene ini lahir pada tahun ini, seperti Silent Death (Death Metal), Brain Dead (Death Metal), Nemesis (Thrash/Death), Infactious Maggots (Industrial Grind Noise), Necotic Chaos (Brutal Death Metal), Karatz (Punk Rock), Carburetor Dung (Punk Rock), Spiral Kinetic Circus (Alternative Rock), The Pilgrims (Post Punk), Naked Butterfly (Alternative Rock), Chronic Mass (Hard Core), Nebiras (Black Metal), Rator (Black Metal), Langsuyr (Occult Death Metal), Negation (Grind Core), Slum Scum (Grind Death) dan sebagainya menghasilkan karya-karya awal pada zaman kemuncak pergerakan muzik underground ini. Antara bandar-bandar yang dilanda muzik underground ini ialah Kuala Lumpur, Johor Baharu, Ipoh, Pulau Pinang, Kuantan, dan juga Taiping.

SEJARAH PERGERAKAN UNDERGROUND MALAYSIA

Sejarah pergerakan muzik ini tidak dapat dikenal pasti secara tepat kerana tiada kajian tepat di buat, bagaimana pun kemunculan band seperti Rator (1987), Brain Dead (1988), Sil Khannaz (1987), The Punisher, Bacteria, SAXO pada awal pergerakan ini boleh dijadikan bahan sebagai pemulaan sejarah pergerakan Underground Malaysia. Pada awal 90an sudah terdapat laporan gig oleh majalah-majalah mainstream seperti URTV yang berkisar tentang konsert Thrash Metal di Johor Baharu dan antara petikan yang saya masih ingat ialah “Ini mungkin kali yang pertama dan terakhir Konsert Thrash Metal diadakan”. Kemunculan syarikat rakaman seperti Sonic Asylum, VSP, Dark Journey, memeriahkan lagi suasana.

Pada masa awal pergerakan underground ini kebanyakan gig dijalankan secara bercampur-campur Punk, Thrash, Death Metal dsb. Selain daripada itu fanzine yang dikeluarkan kebanyakan akan merangkumi semua aliran muzik underground Malaysia, antara Fanzine yang terbesar di Malaysia ketika itu ialah Vortex From The East, Krenmaut, Karakatuar, dan sebagainya.

Dan ketika itu juga, muncul beberapa hero2 yang menjadi sebutan ketika zaman itu dan ada lagi yang masih berjuang seperti Fathul, Joe Kidd, Aru, Lan bear dan ramai lagi...dan menyusul dgn beberapa nama yang menjadi sebutan dgn muzik indie dan experimental mereka mereka pada zaman itu seperti Irman (damage digital & spacebar), Acoi, Sahak (fuckchop?) dgn scene mereka di Seremban, dan ramai lagi pemuzik2 independent yg bergerak dan masih berjuang hingga ke hari ini. Bayangkan ketika itu tiada internet, tiada CD, tiada teknologi seperti hari ini, mereka hanya gunakan kaset sebagai demo dan fanzine ini lah yang menjadi alat utk mengembangkan muzik & ideologi mereka.

Pada ketika itu juga, ada juga perbezaan ideologi (pelbagai fahaman dan ideologi ketika itu... (straight edge..XXX..pro-choice.. punk..etc) hingga beberapa gigs di boikot. Fenomena ini sudah tidak berlaku lagi pada hari ini dan saya yakin wujudnya perkembangan yang sihat dalam muzik independent hari ini dan akan terus berkembang pesat.

Dipetik dan diubahsuai dari blog ini.

Thursday, May 7, 2009

Butterfingers


Butterfingers merupakan sebuah kugiran grunge di Malaysia. Ia terdiri daripada empat orang ahli iaitu Emmett (penyanyi dan gitar), Loque (gitar utama), Loco (dram) dan Kadak (bass).

Pada tahun 1991, Loque (Khairil Ridzwan Bin Anuar), dan rakan sekampusnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kadak (Mohd Fakharudin Bin Mohd Bahar), membentuk kumpulan Loque's Tail, bersama-sama dengan beberapa rakan sekampus di MCKK, lalu mula menghasilkan bahan sendirinya, dengan harapan mencipta nama dalam persada muzik Malaysia. Adalah diingati bahawa ketika inilah bermulanya era grunge mendarat di Malaysia.

Ketika bermain di Kuala Lumpur pada tahun 1993 di Black Widow Studios mereka bertembung dengan Emmett, yang juga di situ untuk bermain dengan kumpulan sendirinya ketika itu, Grunge Dayz. Loque kagum dengan bakat Emmett lalu menduga Emmett dalam pertandingan kugiran. Setelah itu mereka sama-sama memutuskan untuk berganding bahu dan bergabung skil dan kreativiti mereka untuk membentuk satu kumpulan baru. Setelah bertemu dengan pemain dram Kalai pada tahun yang sama, lahirnya Butterfingers secara rasminya pada tahun 1993. Gabungan Loque (penulis lagu, gitar), Emmett (vokalis, gitar, dan penulis lirik), Kadak (bes) dan Kalai (dram) ini, bersama-sama menggegarkan persada muzik bawah tanah dengan sekuatnya sehingga kebanyakan pertunjukan mereka habis dijual dan mereka dikenali sebagai the stuff of underground legends (bahan legenda bawah tanah).

Kini, kumpulan ini telah berpecah kerana Emmet telah berpindah ke Kanada bersama keluarganya dan Loque telah menyambung pengajiannya..

Album

* 1.2 Milligrams
* Butter Worth Pushful
* Trancendence
* Butter Late Than Never
* Malayneum
* The Best Is Yet To Come
* Selamat Tinggal Dunia
* Kembali

Pautan

Laman web Butterfingers HERE

Butterfingers on MySpace HERE

Laman web RoyalButterfingers HERE

Butterfingers on AMP HERE


Monday, May 4, 2009

Pop Shuvit


Kumpulan Pop Shuvit merupakan kumpulan muzik indie yang menggabungkan unsur-unsur muzik rock dan hip-hop. Kumpulan ini dianggotai oleh :-

  1. Moots! - MC
  2. Rudy - Pemain dram
  3. AJ - Pemain gitar bass
  4. JD - Pemain gitar
  5. DJ Uno - Turntables

Kumpulan Pop Shuvit ditubuhkan pada tahun 2000 dan menempah nama pada tahun berikutnya dengan menghasilkan versi baru lagu Jump yang pernah didendangkan oleh Kriss Kross pada awal 90-an. Lagu tersebut mendapat sambutan daripada pendengar radio hitz.fm.

Pada tahun 2002, album pertama mereka Take It & Shuvit keluar di pasaran dan single-single dari album ini turut disambut baik oleh peminat muzik tanahair, termasuk Skaters' Anthem yang dipopularkan di saluran sukan berbayar ESPN sempena temasya X-Games yang diadakan di Malaysia ketika itu.

Pada 20 Disember 2003, Pop Shuvit mengambil kesempatan daripada pelawaan label independant Jepun (S2S) untuk mengeluarkan album mereka di negara matahari terbit. Album mereka Take It & Shuvit Again yang dirakam semula khusus untuk pasaran negara tersebut menerima sambutan yang luar jangkaan daripada muda-mudi Jepun, melangkaui prestasi kumpulan rock Barat pada ketika itu. Satu album remixberjudul The Shuvit Remixes juga dihasilkan khusus untuk pasaran Jepun.

Pada tahun 2005, album kedua mereka Here and Now diterbitkan dan dikeluarkan di Jepun terdahulu sebelum Malaysia memandangkan pasaran Jepun lebih besar dan lumayan bagi kumpulan ini.Album yang diterbitkan oleh Greg Henderson ini memuatkan 12 buah lagu.Antara lagu hits# album ini ialah Old Skool Rocka dan Journey. Sempena pelancaran album mereka, mereka mengadakan tour di beberapa tempat di Jepun sebagai penghargaan mereka kepada peminat-peminat di negara itu.

Pada tahun 2006, album ketiga kumpulan Pop Shuvit, Amped & Dangerous dikeluarkan hanya di Jepun. Namun begitu, lagu-lagu yang terkandung dalam album ini dimainkan di radio Malaysia.

Pada tahun 2008, Kumpulan ini juga telah memenangi Anugerah Kembara pada AIM ke 15.

Pada 11 Mac 2009,Pop Shuvit meriliskan single terbaru mereka berjudul Oh! Sizuka yang akan dimuatkan dalam Cherry Love Blossom Affair EP.Single itu dipersembahkan di radio XFM dan ERA FM.

Album-album Pop Shuvit

  1. Take It & Shuvit (2002)
  2. Take It & Shuvit Again (2003)
  3. The Shuvit Remixes (2004)
  4. Here and Now (2005)
  5. All I Got HIP HOP Collaboration EP (2006)
  6. Amped and Dangerous (2006)
  7. Freakshow Vol 1: Tales Of The Travelling Tunes (2008)
  8. EP:Cherry Blossom Love Affair (2009)

Julies Goes Overseas



Band ini ditubuhkan pada akhir 2005 oleh empat org rakan sekelas. Band ini telah mengikuti pelbagai gigs dan tour seluruh Malaysia. Band ini juga baru sahaja mengeluarkan album debut mini mereka yang bertajuk Oh Bulan yg mengandungi 5 lagu (2 lagu dari demo mereka yang terdahulu). Single utama mereka pada 2008 iaitu Si Dia telah mengecapi kejayaan di mana telah dimuatturun sehingga 60 ribu kali. single ini juga telah terjual sebanyak 200o salinan hanya melalui Myspace mereka n gigs yg mereka join.

Band ini mempunyai "Old School Malay Sound" yang tersendiri.Produksi yang tidak mengecewakan,baik dari segi kualiti lagu,rakaman mahupun vokal.Sebagaimana MEET UNCLE HUSSAIN,BITTERSWEET dan HUJAN,band ini mempunyai potensi untuk pergi jauh.Keep it up!

Line Up
WAN on bass
ANT on guitar
AZWAN on guitar
MONCHE on drums
JAZLAN ZAKIRIN on vocal

Tuesday, April 7, 2009

Melastik Bintang


About The Band
You could be forgiven if you thought Taiping was boring. A small town in Peninsula Malaysia’s north-western state of Perak, it has a population of 190,000, and many of the people still walk around in sarongs and sandals. But do not simply assign small town characteristics to this critter: for one, it is the wettest town in the country and the place of 49 “first”s including the country’s first port, Anglican church and golf course. And according to Melastik Bintang’s founder and frontman Muhammad Firdaus, there’s actually plenty to do. “[There’s a] night safari, Maxwell Hill, Lake Garden, waterfalls, old buildings and museums,” he says. “There’s nothing really bad about Taiping.”

Firdaus pauses for a bit before quickly adding, “It is just that the town is so congested lately.”

As Melastik Bintang–its current lineup consists of Firdaus, Muhammad Hasril Ibrahim (guitars), Raja Khairi Ehsan (guitars), Abdul Karim Razali (bass) and Zubair (drums)–would have learnt from personal experience, progress can be a little discomforting, but its end results are usually worthwhile. And the indie quintet’s gradual development from an anonymous small town act into a burgeoning one recently signed by Universal Music is the kind of progress that any band wouldn’t mind undergoing periods of discomfort to arrive at.



Like many Malaysian teens of the 90s, Melastik Bintang’s members spent their pimple-popping years weaned on classic Malay rock icons like Search, Wings and Ramli Sarip plus the occasional dabble with Michael Learns to Rock. At the same time, they got right into Taiping’s tiny but close-knit scene, attending shows by the likes of grunge veterans Scandel26 and Freygyle. “[We started] following them to jamming [sessions] and gigs, watching crowds cheer, sing and dance with them,” says Firdaus. “[Soon] we started to feel like having our own band.”



The original group took shape in 2002 but despite being surrounded by emo and hardcore acts, they opted for a mellower brand of indie rock. Indeed, just like their rainy town, many of Melastik Bintang’s songs are bathed in the greyish hues of an overcast day. ‘Adrenalin’, for instance, drizzles jagged guitar lines and moody vocals across a forlorn tale drawn from Firdaus’ own relationship experience. “It’s all about a very loyal guy who thought he was always right, a woman who never appreciated loyalty and someone who claimed to be a friend–a pious-looking guy who swore by the name of God to cover up his wrongdoings,” he says.



In 2003 the band recorded a four-track EP appropriately titled Mendung (“cloudy” in Malay), but it would be two years before they were financially able to release the first 500 copies (all were sold). Then in 2007, Firdaus got an SMS from a representative from Rumpun Records (a local publishing arm distributed by Universal Music), who said he was interested to offer them a two-single contract. The band decided to take the plunge, and recently ‘Adrenalin’ has been made available for mobile downloads, with ‘Di Sini Saja’ set for probable release later in the year.



Yet with the future beyond the contract still hazy, the band has taken things into their own hands in true enterprising fashion. A second EP is set to be released under indie label CoreMedia soon, and a number of gigs have been lined up for 2009. All that might even lead to Taiping becoming a new breeding ground for Malaysian indie. “These few years have seen Taiping developing well,” says Firdaus. “Before this we had to travel to Ipoh to get some things. But not anymore.”
Upcoming Shows For Melastik Bintang
Apr 11 2009 8:00P
FESTIVAL RAKAN MUDA AKUSTIKA@BUKIT GANTANG PERAK
Apr 12 2009 8:00P
ALUMNI POLITEKNIK UNGKU OMAR (terbuka utk sume warga malaysia) IPOH



Contact: Myspace

Secret Silence


Latar Belakang
Secret Silence yang berasal dari Desaru,JB ditubuhkan pada penghujung 2004.Pada pertengahan 2008,secret silence terdiri dari 5 orang jejaka yang sanggup berkongsi minat dan dunia khayalan mereka sendiri. Aus(vox), Epul(1st guitar), Ajib(2nd guitar), Fathil(bassist), Wad(drummer).

Band yang berkonsepkan indie alternatif berlandaskan mood catchy dan sesedap tekak ini telah menghasilkan Demo pada awal 2006(mimpi),1st EP 2007(...tak sehebat superman),Dan baru sahaja selesai menjalani proses rakaman untuk 2nd EP yang berjudul ILUSI. Ia bakal dirilis sedikit masa lagi.
Band ini sudah membuat persembahan di pelbagai show dan gigs dan rata-rata peminat mmg support gn band ni..
Upcoming Shows For Secret Silence
Apr 11 2009 1:00P
Rock O Mania 3 Malacca
Apr 25 2009 2:00P
Stadium Tertutup JB JB
Jun 6 2009 10:00A
Downalish event Batu Pahat

Contact: Myspace